PENGENALAN SSPN Prime

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

LANGKAH MUDAH BUKA AKAUN SSPN Prime

PENTING !!!

Pastikan maklumat nombor kad pengenalan pendeposit dan nombor mykid/surat beranak penerima manfaat adalah betul.
Image




1. Isikan nama pendeposit ( Pendeposit terdiri daripada penjaga, ibu atau bapa dan mestilah berumur 18 tahun ke atas)
2. Pilih keturunan
3. Isikan nombor kad pengenalan pendeposit
4. Pilih jenis akaun
   i) Bagi ibubapa/penjaga yang membuka akaun untuk anak sendiri di bawah umur 18 tahun, pilih jenis akaun untuk anak sendiri/anak jagaan yang sah.

   ii) Bagi pelajar yang ingin memohon PTPTN, hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan boleh membuka akaun untuk diri sendiri, pilih akaun diri sendiri.

 


5. Isikan maklumat pekerjaan pendeposit
6. Isikan alamat surat menyurat
7. Isikan nombor telefon pendeposit
8. Isikan alamat email pendeposit
Image




9.   Isikan nama penerima manfaat (penerima manfaat hendaklah berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun)
10. Isikan nombor kad pengenalan / my kid penerima manfaat
11. Pilih jantina penerima manfaat
12. Tarikh lahir auto mengikut nombor kad pengenalan / my kid







13. Isikan nama waris
14. Isikan nombor kad pengenalan waris
15. Isikan nombor telefon waris
16. Masukkan jumlah deposit (Minimum deposit RM 20)
17. PENTING : Masukkan kod Eksekutif PTPTN 000004190
18. Tandakan setuju dalam petak dan tekan hantar
Image





19. Pilih maklumat akaun bank pendeposit.
20. Isikan alamat email pendeposit.
21. Tandakan setuju di dalam petak.
22. Tekan pada butang bayar dengan fpx dan selesaikan pembayaran deposit anda.
Image



Resit pembukaan akaun akan terpapar seperti di sebelah. Dapatkan pengesahan maklumat pembukaan akaun dan penambahan deposit anda sekarang.


Sila emailkan resit transaksi seperti di sebelah kepada :

iklima_hashim@ptptn.gov.my

PENTING:
Jika resit pembukaan tidak terpapar, pengesahan boleh dilakukan dengan menghantar email bayaran fpx yang diterima oleh pendeposit dan hendaklah menyatakan nombor akaun SSPNi anda.